Halaman

Khamis, 28 Januari 2010

Mengandung Luar Rahim

Apa itu Mengandung Luar Rahim?

Kandungan Luar Rahim atau "Ectopic Pregnancy". Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.


Kenapa Mengandung di Luar Rahim?

Di dalam tiub fallopia mengandungi rerambut halus yang dipanggil CILIA. Ia bergerak seperti penyapu dan akan menolak perlahan-lahan embrio dari kawasan persenyawaan ke arah rahim. Apabila CILIA ini telah rosak maka pemindahan embrio ke dalam rahim secara normal akan terganggu.


Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-


  1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.
  2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.
  3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.
  4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan
  5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.
  6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.
  7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.

Gejala Mengandung Luar Rahim

Apabila seorang wanita di dalam jangka umur subur datang dengan sakit perut yang teruk, di sebelah kiri atau kanan bahagian bawah, maka mengandung luar rahim perlu diketepikan. Ini adalah kerana mengandung luar rahim boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan boleh menyebabkan kematian

Selain daripada sakit perut, pendarahan pada vagina yang seolah-olah datang period boleh mengkaburi pesakit kononnya mana mungkin mengandung kalau datang period. Sedangkan ia bukan lah period tetapi pendarahan akibat mengandung luar rahim.

Beliau juga mungkin boleh mengalami tanda2 awal mengandung seperti terasa ngilu pada buah dada dan puting, pening dan loya atau muntah-muntah beberapa hari sebelum itu.Sekiranya pendarahan terlalu banyak di dalam perut, pesakit akan mengalami pening-pening, rasa lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang dan belakang dan boleh pengsan.

Bagaimana Diagnosis Dibuat?

  1. Selain daripada sejarah pesakit, Pemeriksaan dengan memasukkan dua jari ke dalam vagina menunjukkan kesakitan pada serviks, dan bengkakan pada sekitar dinding vagina berhampiran serviks.
  2. Kehadiran hormon HCG pada air kencing ataupun darah boleh diperiksa.
  3. Ultrasound abdomen menunjukkan tiada kantung kandungan di dalam rahim.
  4. Transvaginal Ultrasound adalah kaedah paling berguna - boleh menunjukkan pembengkakan di dalam tiub fallopia, kandungan rahim yang kosong dan pendarahan.

Apakah Perawatan Mengandung Luar Rahim

Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada Laparoskopi atau Laparotomi. Laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit.

Walaupun begitu, had nampak laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan terlalu banyak sehingga menghalang penglihatan atau pendarahan tidak boleh dikawal, maka option untuk menukar ke pembedahan terbuka dilakukan. Pada kebiasaanya, tiub yang rosak akan diikat dan dibuang. Proses ini dipanggil salphingectomy.

Tahukah anda?

"Wanita hamil perlu mencapai tahap berat badan tertentu supaya mereka lebih selesa selain bagi membantu memudahkan proses bersalin, mengelakkan komplikasi seperti sakit belakang/sembelit/darah tinggi. Walau bagaimanapun terlalu berat menyebabkan masa bersalin yang lebih lama. Bincanglah dengan doktor anda untuk memastikan berat badan ideal ketika mengandung."

7 TANDA BAYI ANDA BERMASALAH

Bayi yang sihat akan mengalami pertambahan berat badan setiap bulan. Bagaimana pula dengan bayi yang terjejas pembesarannya dan anda perlu beri perhatian segera? Periksa bayi anda dan rujuk dengan pakar kesihatan supaya rawatan awal dapat di lakukan.

Tips-tips di bawah yang saya baca dari majalah dan kongsikan di sini mungkin boleh membantu anda:





Antara tanda-tandanya :



  • Berat badan turun setiap kali menjalani pemeriksaan kesihatan. Anda boleh bertanya pada doktor semasa

  • buat check up atau teliti kad kesihatan setiap kali buat pemeriksaan bayi.

  • Bayi kelihatan tidak selera makan setiap kali anda mahu menyuapkan makanan.

  • Badan yang terlalu ringan adan tidak sepadan dengan umur bayi yang sepatutnya bertambah setiap bulan.

  • Badan nampak letih , kurus , perut kelihatan buncit

  • Rambut nampak tak bermaya dan kesan lembam di bahagian mata.

  • Bayi tidak peka apabila di panggil atau tidak teransang untuk mencari apabila ada bunyi yang kuat

  • Mata bayi tidak memandang apabila di panggil.

Oleh itu perhatikan anak anda...

Rabu, 27 Januari 2010

BAYI KEMBUNG




TANGISAN anak adalah penawar dalam kehidupan sesebuah keluarga, namun pernahkah anda mendepani keadaan bayi menangis tanpa henti sehingga binggungkan?

Puas amalkan petua orang tua, menyapu kunyit pada dahi tetapi si kecil tetap melalak. Mandi, disuap makan sehingga dibelek dan disapu minyak seluruh badan namun si manja tetap sama. Tetapi apabila ‘ketuk’ sedikit perut kecil si manja, kedengaran seperti bunyi agak asing, rupanya terkena kembung perut, alahai! Woodwar’s Gripe Water, rumusan untuk bayi yang terkenal bagi melegakan kembung atau sakit perut akibat angin melancarkan rumusan baru yang kontemporari untuk memberi nafas baru kepada jenama ini agar lebih menarik kepada ibu muda.

Pengurus Produk Kumpulan SSL Healthcare bagi Woodward’s, Geraldine Cheah, sebagai pemimpin pasaran, kami akan terus menawarkan rumusan yang dipercayai untuk melegakan kembung perut bayi dan memberi ketenangan fikiran kepada berjuta-juta ibu bapa di seluruh dunia. Sempena pelancaran semula Woodward’s Gripe Water tahun ini, jenama itu memulakan kempen kesedaran awam bertema ‘Woodward’s — Menceriakan Bayi Anda’ untuk mendidik ibu bapa baru mengenai cara terbaik menangani kesakitan akibat kembung perut bayi mereka yang baru lahir dan tekanan dalam menguruskan bayi yang menangis.

“Bayi tidak boleh bercakap. Jadi satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi ialah dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Menendang dengan kaki, menggapai dengan tangan, memusingkan kepala dan menangis dengan nada dan suara yang berlainan adalah antara ‘perkataan-perkataan’ yang digunakan oleh bayi. “Ibu bapa hanya boleh bersabar dan belajar mengenali makna tangisan yang berlainan ini dan memberikan perhatian yang perlu dan sewajarnya.

Kita perlu menangani segera masalah yang menyebabkan bayi menangis walaupun ramai yang berpendapat perhatian yang berlebihan akan menyebabkan mereka terlalu manja. Ia sebenarnya dapat membantu perkembangan mental bayi dan memastikan mereka merasakan dunia ini selamat dan tidak membawa kejutan,” katanya. Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam.

Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan. Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara dua minggu dan enam bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia dua tahun atau lebih.

Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa sama ada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari. Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

* Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.

Ibu bapa berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :

  • Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
  • Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  • Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
  • Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
  • Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
  1. Bawa bayi anda bersiar-siar di taman.
  2. Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.
  3. Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen
  4. Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh
  5. Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat
  6. Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.

KEBURUKAN MENGGUNAKAN PUTING KOSONG



Puting kosong menjadi pilihan ibu dan bapa untuk menenangkan anak yang sedang menangis. Bayi yang sedang menangis akan segera berhenti menangis sekiranya diberikan puting kosong ini kerana "sucking reflex" atau "rooting reflex" iaitu refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu.

Oleh: Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin, MBBS (IIUM). Blog beliau boleh diakses melalui alamat http://www.drazwan.blogspot.com/{/xtypo_info}

Assalamualaikum,Orang Malaysia panggil puting kosong dan di dalam bahasa inggeris ia dipanggil "pacifier" atau "soother". Puting kosong ini menjadi pilihan ibu dan bapa untuk menenangkan anak yang sedang menangis. Bayi yang sedang menangis akan segera berhenti menangis sekiranya diberikan puting kosong ini kerana "sucking reflex" atau "rooting reflex" iaitu refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu.

Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.{mosimage} Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong.

Tetapi puting kosong ini sepatutnya diberhentikan apabila bayi sudah semakin besar. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh. Pengalaman saya di klinik ialah Ibu bapa kebanyakannya tidak mahu memberhentikan puting kosong kerana alasan anak pasti akan menangis. Sehinggakan ada yang menghisap puting kosong sehingga berumur 4 tahun! Ketika ini, amat susah untuk membuang habit menghisap puting kosong ini kerana sudah terbiasa.

Apa bezanya menghisap puting kosong sahaja berbanding botol susu yang berputing?

Ya, secara psikologinya, menghisap dengan botol susu berputing, mereka akan berhenti menghisap apabila susu di dalam botol telah pun habis. Tetapi menghisap puting kosong, mereka akan terus menyonyot kerana "susu" nya tak habis-habis... Yang akan merugikan anak-anak ini ialah oleh kerana terlalu menghisap puting kosong ini, susunan gusi atas akan lari dan menyebabkan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata. Pertumbuhan gigi ini ada yang terlalu ke depan yang kita istilahkan sebagai "jongang" atau "overbite" {mosimage}"Kejongangan" (betul ke istilah ni?) akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk menyusahkannya untuk mengunyah makanan jika terlalu teruk.

Anak-anak apabila dewasa terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alat "braces" atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang. Sekiranya anak anda mempunyai masalah lelangit terbelah (cleft palate), dengan menggunakan puting kosong ini akan menyebabkan jurang antara lelangit yang terbelah menjadi lebih luas dan menyukarkan proses pembedahan. Oleh itu adalah dinasihatkan, kepada anak yang mempunyai masalah cleft palate mesti menghindari penggunaan puting kosong (malah menyusu menggunakan puting pun tidak digalakkan) ini secara berdisiplin.

Ada banyak petua untuk memberhentikan anak-anak daripada menghisap puting kosong ini. Diantaranya ialah dengan memotong sedikit puting kosong itu. Anak akan merasa aneh dan akan berhentikan menggunakannya di dalam masa seminggu. Ada yang mencadangkan agar diletakkan sedikit ubat pahit di puting kosong. Dan yang paling mudah ialah membuang semua puting kosong yang ada terus ke dalam tong sampah. Mudah kan?

Wallahu A'lam...

Isnin, 25 Januari 2010

SEMBELIT DI KALANGAN BAYI


Sembelit ialah keadaan apabila bayi anda bermasalah atau sakit ketika membuang air besar. Najis biasanya keras. Ia juga boleh didefinisikan sebagai sembelit sekiranya bayi anda tidak membuang air besar lebih daripada empat hari.Apa yang membimbangkan ialah bayi anda mungkin takut untuk membuang air besar selepas itu dan sengaja menahan najis kerana takut melalui situasi yang menyakitkan seperti sebelumnya. Ini mungkin menyukarkan anda dan menambahkan lagi masalah sembelit anak anda.

Sekiranya bayi anda mengalami sembelit, apa yang anda perlu lakukan?

1-Mandikan bayi anda Apabila anda mandikan bayi anda, bayi akan berasa lebih tenang dan ini membantunya untukmembuang air besar dan najis mungkin lebih mudah dilkeluarkan. Anda boleh mengurut perutbayi anda (seperti diterangkan selepas ini). Ketika mencuci bahagian bawah, anda bolehmenyapu sedikit petroleum jelly di luar bahagian anus

.2-Mengurut perut bayi Proses urutan perlu dilakukan dengan lembut. Urutan dimulakan di bahagian pusat dan secaraperlahan bergerak ke arah luar dalam bulatan mengikut arah jam. Anda boleh menggunakankrim atau minyak bayi (baby's oil) untuk tujuan ini. Sekiranya bayi anda gembira anda bolehteruskan proses ini.

3-Cuba berikan bayi anda lebih air untuk melembutkan najisnya.

4-Jangan sesekali menggunakan jari atau alat lain ke dalam anus bagi merangsang pengeluaran najis. Ini ditakuti mencederakan bayi anda.

5-Bagi bayi enam bulan ke atas yang sudah memulakan diet selain susu, anda boleh lebihkanmakanan dengan kandungan serat yang tinggi seperti sayur. Ada juga ibu yang memberikanbayi mereka jus prune bagi membantu mengurangkan sembelit.

6-Anda boleh berjumpa dengan pakar kesihatan anda dan berbincang tentang susu formulayang sedang diambil dan keperluan anda untuk bertukar kepada susu formula yang lain. Kini terdapat beberapa susu infant formula yang dirumus khas bagi bayi yang mempunyaimasalah sembelit.

Bagaimana untuk mengelakkan sembelit?

1-Pastikan anda mengikut arahan pada label susu formula yang anda berikan kepada anak anda.Kemungkinan susu yang dibancuh pekat menyebabkan berlakunya sembelit.

2-Sekiranya bayi anda sudah memulakan diet selain susu, sila pastikan pengambilan serat dan air yang cukup.

Pap Smear: Pertahanan Terbaik melawan Kanser Serviks


Pap Smear: Bukan Main-mainPap smear merupakan pemeriksaan penting yang diketahui ramai, bukan terhad kepada wanita sahaja malahan lelaki. Ayah dan teman lelaki kamu pun mungkin pernah dengar mengenainya. Ia satu ujian yang digunakan untuk mengesan sebarng keabnormalan dalam serviks wanita. Mak dan kakak kamu mungkin pernah melakukan Pap smear sekurang-kurangnya sekali.


Pap smear sebenarnya kependekan untuk Papanicolau smear. Ia merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa sebarang perubahan dalam serviks wanita. Kamu masih ingatkan, yang serviks tu struktur berbonjol daripada uterus yang menampung bayi semasa dalam kandungan. Inilah bahagian uterus yang membuka kepada vagina. Serviks melalui perubahan semasa kitaran haid wanita dan semasa mengandung.

Pap smear dijalankan oleh doktor pakar ataupun pakar sakit puan. Sampel lelehan serviks atau mukus daripada serviks diambil dengan memasukkan putik kapas dan memusingkannya pada permukaan serviks. Sampel kemudiannya disapukan pada slaid dan dilihat di bawah peralatan sains yang dipanggil mikroskop. Mikroskop membolehkan pemeriksa untuk melihat komponen-komponen lelehan. Pap smear digunakan untuk mengesan kanser serviks atau sebarang jangkitan yang terdapat semasa pemeriksaan.

Berapa kerapkah harus saya jalani Pap smear?Pap smear merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa penyakit di serviks wanita yang tidak mempunyai sejarah penyakit serviks seperti kanser serviks.Terdapat beberapa panduan yang digunakan oleh doktor apabila menjalani Pap smear. Pap smear pertama biasanya dilakukan tiga tahun selepas persetubuhan pertama kali dilakukan. Sesetengah panduan mengesyorkan menjalani Pap smear setiap 2 hingga 3 tahun sementara ada yang mengesyorkan pemeriksaan Pap smear untuk wanita yang aktif melakukan hubungan seks, setiap tahun sehinggalah mencecah umur 30.

Apakah Pap smear yang tidak normal?Apabila menjalani Pap smear, pemeriksa biasanya akan memeriksa sel-sel luar biasa. Sel-sel luar biasa akan kelihatan lain daripada sel biasa. Ia mungkin mempunyai warna berlainan apabila dicampurkan dengan pewarna tertentu dan mungkin mempunyai saiz dan bentuk yang pelik. Kehadiran sel luar biasa mungkin menunjukkan berlakunya kanser serviks atau terdapatnya jangkitan. Sebelum kamu jadi lebih risau, lebih baik kamu tahu yang tak semua keputusan abnormal Pap smear bermaksud terdapatnya kanser serviks.

Keputusan Abnormal Pap SmearHasil ujian Pap smear mungkin mengandungi banyak istilah perubatan yang menakutkan kamu. Berikut merupakan beberapa istilah yang biasa dan maksudnya:

  • Sel Skuamus Atipikal. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear yang mungkin disebabkan oleh jangkitan. Sel-sel ini juga mungkin berkembang menjadi kanser.
  • Displasia. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear. Displasia bukannya kanser. Walau bagaimanapun, dysplasia mungkin, tapi tak semestinya berkembang menjadi kanser serviks

    Jenis-jenis Displasia

  • SIL. Squamous Intraepithelial Lesion. Ini bermakna yang sel leper nipis di permukaan luar serviks kamu dikesan tidak normal. Seperti dysplasia, SIL terutamanya yang berbentuk parah mungkin berkembang menjadi kanser serviks peringkat awal.

  • CIN. Cervical Intraepithelial Neoplasia. Ini bermakna terdapat pertumbuhan tidak normal pada serviks. Perubahan tidak normal ini hanya berlaku pada permukaan paling luar serviks.

  • Carcinoma in situ (CIS).Ini bukannya kanser serviks. Ini merupakan salah satu bentuk SIL yang memberitahu kamu yang sel yang berkemungkinan berkembang menjadi kanser adalah terhad pada permukaan serviks dan belum masuk ke lapisan yang dalam.


Ambil Perhatian: Pap Smear Tidak Normal!!!Apabila Pap smear menunjukkan keputusan tidak normal, doktor kamu mungkin melakukan perkara-perkara berikut:

  • pemeriksaan Pap smear

  • Memberi ubat seperti Krim Estrogen. Keabnormalan dalam serviks mungkin biasa semasa menopaus apabila hormon seks seperti estrogen mengurang. Sekiranya estrogen rendah yang menyebabkan keabnormalan dalam serviks, hasil pemeriksaan sepatutnya semakin positif selepas menggunakan krim estrogen.

  • Melakukan kolposkopi. Apabila melakukan kolposkopi, doktor kamu akan menggunakan peralatan yang dipanggil kolposkop untuk memeriksa serviks. Semasa prosedur ini, doktor akan menyapu larutan cuka lembut pada permukaan serviks. Kawasan yang bertukar menjadi putih selepas penyapuan larutan tersebut akan dianggap sebagai tidak normal.

  • Melakukan biopsi dengan mengambil sebahagian kecil permukaan serviks dan menghantarnya ke makmal untuk ujian. Melalui biopsy, doktor kamu boleh menentukan sama ada terdapat keabnormalan yang dijumpa semasa Pap smear atau kolposkopi adalah disebabkan kanser ataupun tidak.

Kanser serviks

Kanser serviks menunjukkan pertumbuhan keabnormalan dalam serviks. Serviks merupakan bahagian bawah uterus. Ia merupakan struktur berbentuk bonjol dengan permukaan yang kaya dengan sel. Sel ini mungkin menjadi kanser apabila terdedah kepada organisma tertentu seperti Human Papilloma Virus (HPV), menghisap rokok dan jangkitan kelamin.

Meningkatkan Risiko Kanser ServiksBerikut merupakan antara faktor yang dikatakan boleh meningkatkan peluang wanita mendapat kanser serviks:
  • Jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV merupakan penyebab paling umum kanser serviks. Virus yang menyebabkan kanser serviks tergolong dalam keluarga virus yang sama yang menyebabkan ketuat genital. Seks tanpa perlindungan mungkin meningkatkan peluang menyebabkan jangkitan HPV kerana seseorang itu mungkin mendapat jangkitan akibat sentuhan dengan kulit yang dijangkiti. Kebanyakan wanita boleh dijangkiti oleh virus tapi tak semua akan berkembang menjadi kanser serviks. Ujian Pap smear boleh menunjukkan terdapatnya jangkitan HPV.

  • Melakukan seks ketika masih muda.

  • Bertukar-tukar pasangan atau mempunyai pasangan yang kerap bertukar-tukar pasangan.

  • Genetik. Sekiranya ahli keluarga atau ada saudara kamu yang mempunyai kanser serviks, kamu mungkin mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.

  • Merokok. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.

  • Kehamilan. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.

  • Penyakit Jangkitan Kelamin(STI). Terdapat perkaitan rapat antara beberapa jenis STI dan perkembangan kanser serviks.

  • Sistem Imun Lemah. Stres dan diet yang keterlaluan mungkin melemahkan sistem imun kamu. Sesetengah wanita, walau dijangkiti HPV, mungkin tidak mendapat kanser serviks kerana pertahanan tubuh mereka, sistem imun lah tu, kuat untuk melawan jangkitan. Apabila sistem imun semakin lemah, seorang wanita mempunyai kemungkinan mendapat kanser serviks.

  • Diet. Diet yang kurang dengan sayur dan buah mungkin menyebabkan kamu tak cukup zat. Jadi lemahlah sistem imun kamu!

  • Mencegah Kanser Serviks (Barah Pangkal Rahim) Sentiasa berjaga-jaga dan melindungi diri anda sepenuhnya, pasti merupakan salah satu cara terbaik. Berikut merupakan cadangan yang boleh kamu buat untuk mengelakkan kanser yang menakutkan tu.

  • Pakai perlindungan ketika melakukan seks.

  • Elakkan melakukan seks ketika masih muda.

  • Berhenti merokok.

  • Makan banyak buah-buahan dan sayur. Kekal cergas!

  • Jalani pemeriksaan Pap smear.

  • Dapatkan suntikan vaksin. Vaksin yang digunakan untuk mencegah kanser servik ada di pasaran. Ia mungkin sedikit mahal, tetapi budak perempuan seawal umur 9 tahun sudah boleh mendapatkan vaksin tersebut. Tanyalah pada doktor kamu mengenainya.

Ahad, 24 Januari 2010

KANSER FARAJ & VULVA

Kebanyakan kanser jenis ini berlaku pada mereka berusia melebihi 60 tahun. Sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut di sekitar alat kelamin, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor dengan segera.

“Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang
“Kegatalan
“Pendarahan yang abnormal
“Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat

Perokok dan mereka yang dijangkiti virus HPV berisiko tinggi. Biopsi tisu pada luka-luka yang timbul mungkin perlu diambil untuk ujian saringan lanjutan.

Secara umumnya, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kanser terhadap diri anda seperti:

- Tidak merokok atau berhenti merokok
- Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans
- Banyakkan makanan berserat tinggi
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
- Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari
- Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda
- Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas
- Amalkan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu
- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.

Kanser Ovari & Rahim


KANSER OVARI


Risiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, endometriosis serta pembawa gen abnormal BRCA1 dan BRCA2.

Mereka yang kurang risikonya termasuklah mereka yang mengambil pil perancang keluarga, pernah melahirkan anak walaupun sekali dan mereka yang pernah menyusu badan.
Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini.

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di kawasan pinggul, kembung, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan, pendarahan abnormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen.

KANSER RAHIM

Risiko kanser rahim meningkat selepas umur 55 tahun, terutamanya mereka di dalam julat di antara 60 hingga 75 tahun dan jarang berlaku di kalangan mereka di bawah 40 tahun. Mereka yang menggunakan pil perancang keluarga juga mempunyai risiko yang rendah.

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah penggunaan hormon gantian estrogen sahaja (tanpa progesteron), tidak pernah melahirkan anak, putus haid selepas umur 52 tahun, lebih berat badan, darah tinggi, kencing manis serta penyakit lain seperti masalah tiroid dan hempedu.

Penggunaan ubat Tamoxifen, Hiperplasia lapisan dalaman rahim, penyakit keturunan seperti kanser usus juga meningkat risiko kanser rahim. Anda juga berisiko sekiranya mempunyai haid tidak teratur dan kerap kali tidak datang haid.
Biasanya doktor tidak menjalankan saringan untuk kanser rahim, tetapi sekiranya disyaki, anda mungkin dikehendaki menjalani ujian-ujian seperti:

“Biopsi endometrial – pensampelan tisu dari dalaman rahim untuk kajian.
“Pemeriksaan ultrasound – terutamanya ultrasound melalui faraj, mengukur ketebalan dinding endometrium.
“Penkuretan dan dilatasi – pangkal rahim di buka, dan dalam rahim disedut ataupun dicalit untuk kajian lanjutan.
“Histeroskopi – penggunaan peralatan optik untuk melihat secara langsung dengan pembesaran imej dan persekitaran di dalam rahim.

KANSER PANGKAL RAHIM(serviks)

Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan pangkal rahim pada peringkat awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin dijalankan untuk kepastian. Contoh tisu pangkal rahim diambil untuk kepastian jika ianya kanser rahim.

Anda berisiko tinggi untuk kanser pangkal rahim sekiranya mempunyai infeksi virus HIV (Human Immunodeficeincy Virus), virus HPV (Human Papilloma Virus), sistem imuniti badan yang lemah atau terdedah pada ubat diethylstilbesterol (DES) semasa anda di dalam kandungan (ubat ini tidak lagi digunakan sekarang).

awal kanser ini lazimnya tidak menunjukkan sebarang petanda tetapi sekiranya mengalami mengalami masalah berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.

“Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj
“Pendarahan abnormal melalui faraj
“Pendarahan selepas hubungan kelamin

Sekarang terdapat imunisasi terhadap kanser pangkal rahim yang disebabkan oleh HPV dan ianya dinasihatkan diberikan pada anak-anak perempuan yang berumur antara sembilan hingga 26 tahun. Vaksin ini diberikan dalam tiga dos.

Walaupun divaksinasi, ujian saringan PAP masih perlu dilakukan kerana terdapat beberapa jenis lagi virus HPV yang tidak dapat dilindungi melalui vaksinasi.

KANSER KULIT

Walaupun sebagai orang asia kulit kita lebih berpigmen, anda juga berkemungkinan boleh terkena kanser kulit.
Jenis-jenis kanser kulit termasuk jenis sel basal (kulit nampak seperti lilin, pucat warnanya, mungkin timbul seperti mutiara dan kadangkala tompok bersisik), jenis sel skuamos (kehadirannya juga menyerupai sel basal) atau jenis melanoma (seperti tahi lalat, hanya membesar dengan perimeter tidak sekata, bertambah hitam dan senang berdarah).

Terdapat beberapa tanda pada kulit yang boleh diperhatikan seperti perubahan pada saiz tahi lalat, bersisik, berdarah dan juga seakan melecur.

Selain itu, perhatikan juga perubahan pada warna dan juga kehadiran tompok-tompok pada kulit, kegatalan, kesakitan dan juga ketidakselesaan pada biji-biji ataupun tahi lalat serta kudis yang tidak sembuh.

Pastikan yang anda juga memeriksa pada semua tempat sama ada yang terdedah atau terlindung daripada cahaya matahari.

KANSER USUS DAN REKTUM (KANSER KOLOREKTAL)


Kanser kolorektal ini perlahan tumbesarannya dan pada kebiasaannya bermula dengan polip di usus sebelum menjadi kanser. Anda dikategorikan sebagai berisiko sekiranya mempunyai waris terdekat (ibu, ayah, adik-beradik) dengan polip atau kanser kolorektal semasa berumur kurang dari 60 tahun, mempunyai penyakit yang melibatkan usus atau diri sendiri mempunyai polip di usus.

kanser kolorektal tidak mempunyai apa-apa petanda peringkat awal, tetapi selalunya didiagnosis pada peringkat lewat.

Antara petanda kanser jenis ini adalah perubahan dari kebiasaan tabiat usus, pendarahan dari rektum, darah di dalam najis ataupun najis berwarna hitam, najis menjadi panjang dan bergaris pusat kecil serta ketidakselesaan abdomen (kembung, kejang dan sering kentut atau sedawa).

itu, selera makan juga menurun, rasa lemah serta letih tanpa sebab juga mungkin menjadi petanda kanser kolorektal yang akan memerlukan pemeriksaan lanjutan.

Bagi mereka yang telah melangkau umur 50 tahun, anda boleh menjalani ujian saringan seperti ujian darah di dalam najis setahun sekali, ujian sigmoidoskopi fleksibel setiap 5 tahun, ujian barium enema berkontras setiap 5 tahun serta ujian kolonoskopi setiap 10 tahun.

Walau bagaimanapun, ini bergantung pada faktor berlakunya kanser kolorektal setempat. Sekiranya statistik kejadian kanser kolorektal di tempat anda tinggi, makan anda juga berisiko dan lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.

KANSER PAYUDARA


Kanser ini adalah antara penyebab kematian utama di kalangan wanita. Kebarangkalian untuk seorang wanita mendapat kanser ini pula adalah satu dalam lapan (1:8). Di antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini termasuk peningkatan umur, sejarah keluarga dengan kanser payudara (terutamanya di sebelah ibu atau saudara perempuan) serta pembawa gen genetik abnormal BCRA1 dan BCRA2.

Selain itu, penggunaan hormon gantian tanpa pengawasan doktor, pendedahan kepada radiasi serta sejarah menghidap kanser payudara juga meningkat risiko anda.

Penyusuan badan, pengurangan berat badan serta bersenam dapat mengurangkan risiko kanser ini.
Seperti juga mana-mana kanser lain, pengesanan awal dapat mencegah dan mungkin menyembuhkan dengan rawatan awal.

Di antara perubahan awal yang perlu diperhatikan termasuk pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara.

Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam, bersisik, berdarah, mengalami discaj, sakit serta tidak selesa perlu disiasat untuk kemungkinan kanser.

Anda dinasihatkan supaya menjalani ujian mammografi sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya sekiranya sudah menjangkau umur 50 tahun. Selain itu, anda juga harus proaktif dalam memeriksa payudara sendiri kerana diri sendiri lebih tahu perubahan awal badan.

KANSER PARU-PARU


Majoriti pesakit mendapat kanser paru-paru dari aktiviti merokok. Wanita yang merokok mempunyai risiko 12 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Walaupun jika anda bukan perokok, tapi menyedut asap rokok secara pasif juga dapat menambahkan risiko kanser paru-paru.
Pesakit pada kebiasaannya mengalami batuk yang tidak sembuh-sembuh, kahak bercampur darah, sakit dada, berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing), stamina pernafasan yang cetek serta keserakan suara.

Selain itu, penghidap kanser jenis ini juga mengalami episod berulang-ulang penyakit pneumonia dan juga bronkitis, kurang selera makan serta jatuh berat badan dan selalu mendapat demam.

Untuk mengelak kanser paru-paru, jangan mulakan merokok serta jauhkan diri dari asap rokok. Untuk mereka yang sudah pun mula merokok, carilah pertolongan supaya dapat membuang tabiat tersebut.

JENIS-JENIS KANSER YANG MENYERANG WANITA

Oleh Prof. Madya Dr. Shah Reza (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM))

PENGURANGAN risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan.
Perhatian perlu diberi pada keadaan badan, perasaan tahap kesihatan diri dan juga bentuk serta rupa struktur badan. Ujian saringan juga perlu ditekankan bagi mengesan kanser dengan lebih awal.

Sel-sel normal yang membina tisu badan mengalami tumbesaran, membahagi serta penggantian secara teratur dan tenteram. Kadangkala sel-sel tua yang sepatutnya digantikan, masih meneruskan tumbesarannya.

Pertumbuhan ini mungkin tidak teratur dan bercelaru, akhirnya mereka menjadi luar kawalan dan seterusnya bertukar pada ketumbuhan yang ganas (malignan) ataupun yang tidak ganas (benign).

Ketumbuhan yang tidak ganas (benign) tidak merebak ke bahagian lain dan lazimnya tidak membimbangkan. Pembedahan terpaksa dilakukan jika saiz ketumbuhan terlalu besar dan memberi tekanan kepada organ-organ berhampirannya.

Ketumbuhan yang ganas pula (malignan), akan menakluk, merosakkan dan merebak pada organ-organ berhampiran dan juga organ yang jauh serta boleh menyebabkan ketumbuhan baru di tempat lain.

Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) juga boleh menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar-sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain.

Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit, ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum.

Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal.
Lazimnya terdapat tanda-tanda awal yang harus diamati dan diperhatikan. Juga sebagai satu bentuk pencegahan, golongan wanita dinasihatkan supaya menjalani penyaringan secara berkala untuk mengenal pasti kanser di peringkat awal.

PETANDA AWAL

Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaan pundi kencing dan juga usus besar.

Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan ataupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara ataupun bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu.

Pesakit juga perlu peka untuk ujian masalah kesusahan menelan serta keabnormalan pencernaan makanan atau minuman selain batuk yang tidak hilang dan juga perubahan pada suara.

Perlu diingat bahawa ini bukanlah petanda mutlak kanser tetapi hanya kehadiran gejala berkenaan sepatutnya dirujuk kepada doktor.

Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser. Walau bagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat.

Jumaat, 22 Januari 2010

Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik



KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.
Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini. Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.

Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening. Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus. Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri. Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua. Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak. Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

Wajib @ Tidak Tanam Uri

Tidak ada aturan dalam syariah Islam tentang menguburkan uri bayi. Sedangkan kepercayaan bahawa uri mesti diuruskan dengan cara tertentu, kerana berpengaruh kepada bayi, hanyalah kepercayaan kosong yang tidak ada dasarnya dalam syariah.

Kala kepercayaan ini diteruskan, pelakunya boleh terjerumus ke dalam lembah syirik. Risikonya tentu sangat besar, kerana orang yang mati dalam keadaaan syirik, dosa-dsoa yang dibawa mati tidak akan diampuni.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.(QS. An-Nisa’: 48)

Kerana itu jangan sampai iman kita gugur hanya kerana kepercayaan salah tentang uri bayi. Cukup dibuang atau dikubur dengan niat agar kalau membusuk, tidak membahayakan manusia. Sama halnya dengan mengubur bangkai, perlu dikubur bukan kerana takut bangkai itu menjelma menjadi syaitan, tetapi agar tidak terjadi pencemaran.

Cara yang paling aman dan mudah adalah dengan menguburnya di dalam tanah. Demikian juga uri, boleh hukumnya untuk dikuburkan di dalam tanah. Tapi haram hukumnya kalau diikuti dengan beragam kepercayaan terhadap mitos-mitos tertentu tentang uri bayi itu.

Wallau a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Khamis, 21 Januari 2010

BAYI: DEMAM PANAS



Demam selalunya berlaku kerana adanya jangkitan kuman bakteria ataupun virus. Antara tanda-tamda demam ialah suhu badan yang melebihi 37 darjah celcius, bayi berpeluh lebih daripada biasa dan kelihatan tidak berapa selesa.

Sebab-sebab berlakunya demam (fever)


  • Jangkitan kuman bakteria atau virus.

  • Jangkitan pada bahagian telinga. Dalam keadaan ini bayi selalu memegang atau mencucuk-cucuk telinganya dengan jari. Bayi juga kerap terjaga malam dan menangis tanpa dapat dikawal. Keadaan ini selalu berlaku selepas bayi terkena selsema. Ubat decongestant mungkin diberikan bersama-sama antibiotik dalam keadaan ini.

  • Jangkitan pada bahagian dada. Bayi didapati bernafas lebih laju daripada biasa. Ia juga berlaku terutamanya selepas bayi terkena selsema.

  • Measles. Di samping demam, bayi juga mengalami rashes - tompok-tompok merah pada badannya. Bayi juga mungkin mengalami masalah batuk.

  • Meningitis. Ia berlaku bila ada jangkitan pada bahagian otak. Bayi anda akan merasa pening. Dalam keadaan ini, kemasukan ke dalam hospital mungkin perlu dibuat segera.

  • Gastroentritis. Antara tanda-tandanya ialah bayi mengalami cirit-birit dan / atau muntah. Ini boleh menyebabkan dehidrasi (pengeluaran cecair badan) yang memerlukan pengambilan oral rehydration salt atau kemasukan air secara injection.

  • Jangkitan pada mulut atau tekak. Bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk makan dan selalu menolak sekiranya anda ingin memberinya makan.

  • Terlebih panas (overheating) yang berlaku kerana pakaian yang dipasangkan terlebih

CAMPAK


CAMPAK ialah sejenis penyakit yang mudah menyerang kanak-kanak kecil. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus dan mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah umur "lO tahun.Penyakit ini boleh berjangkit apabila seseorang itu terdedah kepada pengidap campak.

Penyakit ini merebak akibat keluaran virus melalui udara apabila pesakit bercakap, batuk bersin ataupun berludah.Sungguhpun campak dianggap biasa ianya boleh mendatangkan komplikasi, terutamanya sekiranya kanak-kanak itu lemah dan taraf pemakanannya juga berku rangan.Peringkat di mana penyakit ini mudah berjangkit ialah ketika sebelum ruam campak keluar yakni di antara "lO hingga 14hari.Kadar teruk penyakit ini berbeza dari seorang ke seorang berdasarkan taraf pemakanan dan kesihatan seseorang.


Kadangkala penyakit ini ringan — kanak-kanak itu demam sedikit sahaja diikuti dengan tumbuh ruam-ruam merah dan tidak beberapa hari kemudian sembuh dengan sendiri. Kebanyakan kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda seperti berikut.


Tanda-tanda awal penyakit pada bayi; biasanya bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Lagi satu tanda awal demam campak ialah terdapatnya bintik-bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala menurun ketangan, badan dan kaki. Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.


Jika keadaan kesihatan anak kurang memuaskan dan anak itu pula kurang zat makanan dan kurang daya tahan penyakit campak itu lebih teruk dan ruam campak akan meninggalkan bekas-bekas hitam. Pada ketika ini juga keadaan batuk yang teruk dan kadangkala anak sesak atau susah bernafas.Komplikasi sampinganBiasanya sekiranya keadaan kesihatan kanak-kanak baik, kuat daya tahan dan taraf pemakanan baik,' campak akan mudah sembuh.


Sebaliknya, sekiranya taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh. Jangkitan telinga biasanya berlaku dalam hari kelima dan keenam di mana kadangkala sakit itu disertai dengan keluar nanah.Jangkitan saluran pernafasan dan paru-paru biasanya boleh dikesanapabila batuk bertambah teruk dan kadar pernafasan dan kadar nadi tinggi dan juga suhu badan naik semula.


Kalau kanak-kanak ini dirawati segera ini akan mengambil masa selama lebih kurang tujuh hingga 10 hari untuksembuh.Tetapi kalau anak ini tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk dan boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan paru-paru ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.


Biasanya ibu-ibu tidak tahu bahawa jangkitan paru-paru ini boleh berlaku akibat dari penyakit campak. Satu lagi komptikasi yang boleh timbul akibat penyakit campak ialah seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Rawatan boleh menyembuhkan kanak-kanak itu dari komplikasi tersebut tetapi kadangkala terjadi juga kecemasan di mana kanak-kanak itu tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh.


Bagaimanapun 60 hingga 70 peratus dari kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 .peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak.


Peringatan Kepada Ibu-ibu:

* Jangan pandang ringan akan demam campak. Sebaik saja dapat di-kesan tanda-tanda penyakit campak akan menyerang, bawa anak berjumpa doktor.

* Bagi anak-anak yang sedang demam campak berikan dia minum air banyak-banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian.

* Pastikan suhu badan turun dengan mendemah badan anak dengan airsejuk. Pakaikan dia pakaian tipis.

* Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.

* Sekiranya anak batuk teruk atau susah bernafas, bawa cepat ke hospital untuk dirawat.

* Biasanya doktor akan memberi ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.

* Tidak ada ubat tertentu untuk menyembuhkan penyakit ini.

* Beri makanan yang berzat kepada anak-anak untuk meninggikan taraf makanan dan kesihatan anak.

Pencegahan Pada masa sekarang telah terdapat vaksin, sejenis pelalian untuk mencegah penyakit campak. Pelalian ini diberikan kepada kanak-kanak dari usia sembilan bulan hingga dua tahun. Kanak-kanak bawah enam tahun juga boleh diberi pelalian ini. Pelalian ini boleh didapati.dari semua klinik dan pusat kesihatan untuk mencegah campak dan mengelakkan dari komplikasi-komplikasinya.

Rabu, 20 Januari 2010

WAKTU SUBUR WANITA

Waktu Subur Wanita

SUKAR untuk mencari wanita dengan waktu subur yang tepat setiap bulannya. Waktu subur lebih merujuk kepada waktu atau hari berlakunya ovulasi (pengeluaran telur dari ovari).

Ia berlaku sekitar 14 hari sebelum kedatangan haid berikutnya (jika wanita itu tidak hamil). Dalam erti kata lain, waktu subur pada bulan itu hanya dapat disahkan dengan pasti selepas kedatangan haid berikutnya.

Ini penentuan secara retrospektif (melihat kepada kejadian yang sudah berlaku).

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tepat pada setiap bulannya misalnya setiap 28 hari atau setiap 30 hari, waktu subur boleh diketahui memandangkan tarikh haid berikutnya dapat diagak dengan tepat.

Ini dilakukan dengan menolak 14 hari daripada tarikh haid berikutnya. Misalnya, jika kitaran haidnya setiap 28 hari tanpa berubah-ubah setiap bulan, maka waktu suburnya pada hari ke-14 daripada hari pertama haid.
Jika kitaran haidnya setiap 30 hari tanpa berubah-ubah setiap bulan, maka waktu suburnya pada hari ke-16.

Namun, kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza contohnya, kadangkala 28 hari dan kadangkala 30 hari, maka waktu suburnya sukar dijangka dengan tepat melainkan hanya selepas didatangi haid berikutnya.

Kajian menunjukkan wanita yang lebih menumpukan hubungan seks kepada jangkaan waktu subur saja mempunyai peratusan kehamilan yang kurang berbanding wanita yang melakukan hubungan seks dengan kerap tanpa mengira waktu subur.

Atas sebab inilah, kebanyakan doktor lebih menasihatkan agar pasangan tidak terlalu bertumpu kepada waktu subur saja untuk melakukan hubungan seks.

Pemeriksaan ultra bunyi melalui faraj juga dapat membantu mengagak waktu subur berdasarkan ukuran saiz kantung folikel telur. Ini disusuli dengan pemberian suntikan hormon hCG untuk merangsang pematangan akhir telur dan mencetus ovulasi yang berlaku pada sekitar 36 hingga 40 jam selepas suntikan itu.

Berjumpalah doktor anda untuk pemeriksaan kesuburan.

Teknik Tepuk Bantu Masalah Bayi Berkahak

Alat bantuan perubatan yang digunakan dalam kes mengeluarkan kahak daripada kerongkong bayi.

--------------------------------------------------------------------------------

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka,".

Ditegaskan sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut,".

Apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

" Ada ibu2 yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya,".

Mandi Wajib (Hadas Besar)

Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut, tetapi jgn terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yg betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama Islam gombak timur dan penceramah, didapati ramai umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yang zahir.

Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat Kuala Lumpur. Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yg melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3

1* niat.
2* menghilangkan najis di badan.
3* meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

Niat mandi wajib
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau “ Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. "Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.

Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.”

Jelasnya lagi.. Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

“Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. “Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib lah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh."

“Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi."

“Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang rumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah." “Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah."

“Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetepi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.”

“Tapi dalam hal ini, jgn pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah? Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa solat dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza." “Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.

Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang serius oleh umat islam." Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, ustaz hj mat jais menegaskan, sebab2 nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak (wiladah).

“Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. “Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, se elok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh.”

***** MAAF YA, TAPI ADA JUGA SESETENGAH IBU MUDA-IBU MUDA YANG TIDAK TAHU APA ITU MANDI NIFAS, YA INI MANDI SETELAH HABIS NIFAS (DARAH YG KELUAR SELEPAS BERSALIN) & MANDI WILADAH, SELEPAS MELAHIRKAN ANAK .

Mandi Wiladah

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar.


Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi.


Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.


Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita.

Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).


Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168).


Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak.


Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).



Wallahu a’lam.

Rujukan;1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers