Halaman

Ahad, 21 Februari 2010

PNEUMOKOKUS

PNEUMOKOKUS atau Invasive Pneumokokus Disease (IPD) adalah satu penyakit yang berjangkit yang menyebabkan kematian kepada kanak-kanak. Menurut para pakar, tiada cara lain untuk menjauhkan kanak-kanak dari pneumokokus kecuali dengan pemberian vaksin.

Menurut catatan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) lebih 700 ribu hingga 1 juta kanak-kanak meninggal tiap tahun kerana penyakit ini. Palin menyedihkan penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak di negara membangun.

Sehingga sekarang kos rawatan penyakit ini agak mahal, kalau boleh diubati dan sembuh, penyakit ini tetap memberi kesan seperti lumpuh, hilang pendengaran, gangguan saraf dan tahap kecerdasan juga menurun, ubat terbaik adalah mencegah daripada mengubati.

Apa sebenarnya pnuemokokus?

Penyakit pnuemokokus adalah penyakit yang di sebabkan oleh bakteria Streptococcus Pnemoniae yang berjangkit melalui darah dan bersifat merosak. Beberapa penyakit termasuk dalam kumpulan ini adalah radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis), infeksi darah (bakteremia) ada kaitan dengan infeksi darah yang mengakibatkan kegagalan fungsi organ tubuh.

Bakteria penyebab penyakit ini hidup secara normal di kerongkong dan rongga hidung setiap anak yang sihat. Boleh menjadi berbahaya kerana bakteria ini masuk ke sirkulasi darah kemudian merosakkan organ-organ tubuh sehingga tubuh tersebut mengalami gangguan fungsi.

JANGKITAN

Pneumoniae boleh menyerang sesiapa sahaja dan dimana sahaja. Menurut pakar kesihatan bakteria menjadi ganas pada usia bayi dan anak bawah dua tahun. Risiko jangkitan akan menjadi lebih besar jika bayi dan kanak-kanak lebih besar baru sembuh dari sakit.

Pneumoniae boleh belaku melalui percikan air liur semasa bercakap, bersin dan batuk. Bakteria juga sangat mudah tersebar pada tempat yang ramai orang seperti di nurseri dan taman permainan.

RAWATAN DAN PENCEGAHAN

Bakteria Strepcoccos Pneumoniae boleh dimatikan dengan antibiotik khususnya penisilin, namun ketika ini bakteria ini mula kebal terhadap banyak antibiotik seperti penisilin, erythromycin, trimepthoprin-sulfamethoxazole, dan cephalosporin sehingga menyukarkan proses rawatan.

Perkara paling berkesan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa menjauhkan si kecil dari penyakit berbahaya ini adalah dengan memberi vaksin pneumokokus pada bayi dan kanak-kanak lebih besar.

Ahad, 7 Februari 2010

10 TANDA AWAL KEHAMILAN

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.


Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!



  1. Rasa lapar yang berpanjangan Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

  2. Perubahan pada warna di sekliling payudara Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

  3. Kerap membuang air kecil Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

  4. Merasa tidak bermaya Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

  5. Sakit dan tegang pada buah dada Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

  6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

  7. Rasa loya dan muntah Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

  8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

  9. Missed period Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan. Dan akhirnya..

  10. Ujian air kencing yang positif Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan... ...Tahniah!

Khamis, 4 Februari 2010

Anakku demam

Hari ni masuk hari ke 5 Arif tak sihat, sepatutnya selasa lepas dia kena tahan wad tapi saya minta pada doktor untuk buat rawatan di rumah dulu, Alhamdulillah selepas berbincang dengan doktor pakar respiratory Arif dibenarkan untuk di rawat di rumah.
Menurut doktor bunyi ronchi tu terlalu minima...
Demam dah kurang dari masa hari 1-3 cuma selsema, batuk & tahi mata masih ada.
Semoga Allah sembuhkan Arif cepat...

Rabu, 3 Februari 2010

Bayi Mati Daalam Kandungan


KEMATIAN bayi di dalam kandungan atau `lahir mati’ merupakan satu mimpi sedih bagi sesebuah keluarga khususnya ibu itu sendiri.

Segala impian untuk menimang cahaya mata, mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata. Selepas mengandung melebihi 22 minggu bayi mati dalam kandungan.

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun hidup ini mesti diteruskan, peluang untuk mendapatkan anak masih ada.

Sebagai melengkapkan pengetahuan bagi ibu bapa dan ikhtiar untuk memastikan kandungan akan datang dapat dilahirkan dengan selamatnya, segmen Kesihatan mendapatkan pandangan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.

Dr. Jamiyah memberitahu, “Bukan semua kes bayi lahir mati dapat dikenal pasti puncanya, kecuali dilakukan autopsi ke atas bayi itu. Kadangkala ujian autopsi telah dilakukan tetapi punca kematian masih tidak diketahui.'’

Malah ada juga langsung tidak diketahui puncanya atau dikatakan takdir.

“Bagaimanapun bagi kebanyakan kes, ia boleh dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang tertentu semasa di dalam proses kehamilan dan prihatin terhadap kandungannya.'’

Namun, kes-kes yang tidak diketahui puncanya hanya melibatkan peratusan yang kecil.

“Permintaan dan nasihat saya, janganlah berputus asa sebaliknya positif bagi mendapatkan kandungan yang kedua dan seterusnya. Berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat,'’ ujar Dr. Jamiyah.

Apakah yang dikatakan istilah lahir mati atau stillbirth ini?

Lahir mati adalah kematian bayi di dalam kandungan selepas 22 minggu dikandung sebelum bayi sempat dilahirkan.

Maknanya bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin.

Keguguran atau `keguguran spontan’ pula adalah `kehilangan’ kandungan yang berlaku sebelum ia berusia 22 minggu ataupun berat bayi kurang daripada 500gm jika usia kandungan tidak diketahui.
Tanda & simptom keadaan lahir mati



  • Apabila ibu mendapati bayinya tidak lagi bergerak untuk satu jangka masa yang panjang

  • Rahim tidak membesar melewati masa

  • Tiada sebarang pergerakan atau degupan jantung pada bayi semasa menjalani ultrasound.
    Antara punca-puncanya

  • Jangkitan yang dialami ibu atau bayi dalam kandungan seperti jangkitan Torch iaitu toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan herpes

  • Masalah uri atau tali pusat. Uri dan tali pusat yang menghubungkan bayi dengan rahim ibu

    Kemungkinan uri terpisah atau tercerai daripada rahim terlalu awal ataupun terjadinya pendarahan daripada tali pusat (vasa praevia) dan uri


  • Trauma atau kecederaan yang dialami di bahagian abdomen/perut ibu

  • Tekanan darah tinggi yang dialami ibu, (kemungkinan ada atau tiada kaitannya dengan kehamilan)

  • Diabetes

  • Kecacatan struktur bayi yang melibatkan paru-paru, jantung, otak dan buah pinggang.

    Masalah kromosom yang tidak normal adalah sebab paling utama yang menyebabkan kematian janin di peringkat awal. Ia merangkumi lebih daripada 50 peratus punca keguguran spontan.


  • Ibu mengalami gangguan autoimun, suatu keadaan di mana sistem imun atau antibodi seseorang itu yang menyerang dirinya sendiri.

Terdapat sebab-sebab lain yang mungkin turut menyumbang kepada kes lahir mati ini. Namun 10 peratus kes-kes lahir mati ini tidak diketahui puncanya.

Apakah yang patut dilakukan bagi mengelak insiden lahir mati?



  • Mengawal itu kadangkala boleh dilakukan dengan mengelak daripada faktor-faktor berisiko semasa mengandung

  • Mengawal diabetes mahupun darah tinggi yang boleh mengurangkan risiko lahir mati

  • Mengelak daripada penyakit rubella dengan mendapatkan suntikan rubella lebih awal sebagai sebahagian daripada pelalian

  • Elakkan makan daging mentah dan membela kucing-kucing untuk menghalang daripada toxoplasmosis

  • Kerap mencuci tangan merupakan amalan baik yang boleh menghalang wanita hamil daripada dijangkiti penyakit

  • Tidak merokok mahupun menghisap dadah apalagi semasa hamil. Ini kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh meninggikan risiko insiden lahir mati.

Dr. Jamiyah berkata, lazimnya punca-punca ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, kecacatan semula jadi bayi, masalah uri dan tali pusat serta keadaan ibu berpenyakit yang boleh menjejaskan kehamilan.

Kecacatan adalah punca biasa namun sering kali terlepas pandang, seperti kes-kes bayi meninggal dalam kandungan ini.

Hampir 50 peratus kes keguguran spontan di peringkat tiga bulan pertama disebabkan oleh masalah kromosom yang tidak normal ataupun kecacatan struktur anggota bayi.

Uri dan tali pusat adalah saluran nyawa bayi untuk mendapatkan bekalan oksigen dan zat-zat makanan.
Andai terdapat masalah bagi salah satu daripadanya bermakna terputuslah `saluran nyawa’ bayi. Ia boleh juga mengakibatkan gangguan teruk bagi kelancaran peredaran darah, oksigen dan zat-zat makanan kepada bayi.

Uri dan tali pusat `sering dipersalahkan’ sebagai punca kematian bayi dalam kandungan ini namun ia masih merupakan `penyumbang’ sederhana di atas sebilangan kes lahir mati ini.

Biarpun bukan kebiasaan, keadaan ibu juga mungkin bertanggungjawab kepada kematian bayi dalam kandungan.

Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi serta rawatan ke atasnya kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati.

Apa yang jelas, ujar Dr. Jamiyah, terdapat beberapa punca luar biasa lain yang menyumbang kepada kematian bayi dalam kandungan ini.

Beliau juga memberitahu, bayi yang dilahirkan lahir mati ini berhak mendapat sijil kematian dan dikebumikan oleh keluarga tersayang.

Melahirkan bayi lahir mati

Dr. Jamiyah menambah, ibu dan bapa berhak menentukan bilakah bayi itu patut dilahirkan walaupun ia sudah meninggal di dalam perut ibu.

Bagi seseorang ibu yang sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan, keputusan untuk mengeluarkan bayi itu bergantung kepada ibu bapa bayi berkenaan untuk satu tempoh yang dianggarkan.

Bagi pihak doktor, apa yang dapat dilakukan ialah memberi pandangan dari pelbagai sudut, buruk dan baiknya melahirkan bayi itu serta cepat atau lambat.

Ibu boleh membuat pilihan sama ada untuk menanti waktu kelahiran secara semula jadi atau merangsang kelahiran secara paksa.

“Bukan semua yang mahu menanti saat kelahiran normal itu sedangkan bayinya sudah meninggal. Kita faham akan keadaan ini.

“Cuma kita hanya memberi pandangan dari sudut kesihatan dengan memberi sedikit masa sambil mengawasi kesihatan ibu. Itu pun kalau ibu atau keluarganya bersetuju. Keputusan dibuat oleh ibu atau keluarganya sendiri,'’ katanya.

Tidak salah jika seseorang ibu itu ingin menunggu kelahiran secara semula jadi tanpa paksaan. Walau bagaimanapun ada kalanya ia boleh melibatkan masa yang agak lama.

Jika ia melebihi empat minggu daripada tarikh bayi itu meninggal di dalam rahim, keadaan ibu harus diawasi agar masalah lain tidak timbul.

Dr. Jamiyah menambah, jika rangsangan atau paksaan bagi melahirkan bayi itu dilakukan, ia harus dilaksanakan dengan teliti kerana ia boleh melibatkan komplikasi kerana rahim belum bersedia untuk proses kelahiran.

Pintu rahim selalunya diperiksa untuk memastikan ia bersedia untuk proses kelahiran. Ini boleh memakan masa beberapa jam dan kadangkala melebihi 24 jam.

Ini adalah untuk memastikan risiko terhadap ibu di tahap yang rendah. Jika rahim dipaksa secara terus-menerus, ia boleh mengakibatkan rahim itu koyak dan memudaratkan ibu.

Maka sebab itulah, pihak doktor akan meneliti kes itu secara teliti sekiranya ibu sudah bersedia bersalin atau jika ia memerlukan rangsangan, ia dilakukan dengan teliti.

Ibu boleh melahirkan bayi itu secara normal selepas diberi bantuan yang secukupnya atau apabila sudah ada rasa untuk bersalin.

Bagaimanapun sekiranya terdapat komplikasi lain, doktor akan mencadangkan pembedahan Caesarean demi menyelamatkan ibu.

“Tugas kami adalah untuk menyelamatkan ibu dan inilah keutamaannya,'’ ujar Dr. Jamiyah berulang kali.
Sokongan suami dan keluarga

Beliau menegaskan, di kala isteri melalui saat-saat yang menyedihkan seperti ini, suami atau bapa serta ahli keluarga hendaklah memberikan sokongan moral kepada isteri atau ibu.

“Kemurungan dan kesedihan boleh terjadi dan menjejaskan kesihatan isteri dan ini hendaklah dielakkan,'’ jelas Dr. Jamiyah lagi.

Menyedari hakikat ini, pihaknya merancang menubuhkan kumpulan sokongan untuk membantu ibu-ibu yang melalui pengalaman sedih atas kehilangan bayi.

Bagaimanapun menurut Dr. Jamiyah, sekiranya ibu itu sudah sihat semula, maknanya dia sudah bersedia untuk mengandung lagi dan melahirkan anak yang normal asalkan dia menjaga kesihatannya.

Pihak doktor pula mengawasi kesihatan ibu dan ibu hendaklah datang berjumpa doktor secara berkala lebih-lebih lagi mendapati bayinya tidak bergerak lagi.

Tidak ada istilah `bayi tidur’ sepanjang masa sewaktu kehamilan lebih-lebih lagi jika bayi itu sudah besar.
Walaupun bayi yang melebihi tujuh bulan mempunyai ruang yang terhad untuk pergerakan tetapi ia mesti bergerak seperti biasa.

Cuma kekuatan tendangan akan berkurangan kerana ia sudah membesar dan memenuhi hampir seluruh ruang rahim.

“Bayi yang normal akan bergerak lebih daripada 10 kali dalam masa 12 jam sehari. Bayi akan tidur di dalam kandungan tetapi tidak sepanjang masa.'’

Dr. Jamiyah juga menyarankan bakal ibu atau ibu menghadiri kelas-kelas untuk ibu hamil, bagi mendapatkan maklumat bukan sahaja mengenai kelahiran, penyusuan ibu malah lain-lain yang ada kaitannya dengan ibu dan anak.

“Kepada suami, berilah semangat dan kasih sayang terhadap isteri di samping anda sendiri juga perlu tabah dan berfikiran positif,'’ kata Dr. Jamiyah di akhir pertemuan itu.
Sumber:Utusan Malaysia

Selasa, 2 Februari 2010

PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT



Anda perlu mewaspadai penyakit Tangan, kaki dan mulut. Walaupun sebenarnya merupakan penyakit yang tidak berbahaya dan akan dapat sembuh dengan sendirinya namun jika disertai komplikasi bisa menimbulkan kematian. Seperti yang terdapat di Serawak, Malaysia dimana 31 orang anak-anak meninggal dunia pada tahun 1997, di Taiwan, 78 orang meninggal dunia pada tahun 1998, di Brunei Darussalam 4 orang meninggal dimana pada bulan maret 2006 Brunei Darussalam menutup semua sekolah sampai batas waktu yang tidak ditentukan. Pada September 2000, lebih dari 1.000 anak-anak di Singapura telah didiagnosa mengidap penyakit HFMD.
Penyakit HFMD biasanya mewabah pada cuaca panas dan kering dan bisa menyerang siapapun anak-anak di mana saja tanpa mengira aspek geografi.

Penyakit HFMD atau dikenal dengan penyakit tangan, kaki dan mulut adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang menyerang bayi dan anak-anak yang berusia di bawah 5 tahun. Walaupun yang diserang kebanyakan adalah anak-anak namun orang dewasapun bisa terjangkiti kalau daya tahan tubuhnya sangat lemah. Penyakit HFMD ini tidak ada hubungannya dengan penyakit kuku dan mulut yang menyerang binatang ternak seperti:lembu dan biri-biri.

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti:

  • lemah
  • tidak buang air kecil selama lebih dari 8 jam
  • sariawan dalam mulut dan kerongkongan
  • tidak berselera makan atau minum
  • muntah
  • kejang-kejang
  • pucat
  • pada bayi keluar air liur yang disebabkan karena sariawan
  • demam panas (suhu 38 derjat Celsius atau lebih)
  • ruam merah disertai dengan bintil berair di tangan, kaki dan sekitar mulut
  • nafas cepat serta denyut jantung kencang

Semua tanda-tanda di atas kemungkinan menunjukkan penyakit tersebut menjadi lebih serius. Anak-anak yang berumur 2 tahun ke bawah mudah mendapat komplikasi-komplikasi penyakit ini. Oleh yang demikian, orang tua dinasihatkan supaya terus berwaspada akan tanda-tanda tersebut di kalangan anak-anak, karena sangat sukar untuk meramalkan anak-anak yang mungkin mendapat penyakit serius.Ada juga penderita yang hanya mendapat satu gejala, namun jika terdapat ruam berair di tangan, kaki atau saiawan di mulut maka berarti anak anda terinfeksi HFMD. penyebab penyakit ini adalah virus.

Ada beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit ini. virus yang paling biasa adalah virus Coxsackie A16.

Ada 23 jenis Coxsackie A dan enam jenis Coxsackie B. Virus Coxackie A16 biasanya akan sembuh dalam jangka waktu tujuh hingga 10 hari dan bioasanya tanpa komplikasi.

Sebagian kecil kasus HFMD juga disebabkan beberapa kumpulan enterovirus seperti enterovirus EV71. virus coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat dalam kelompok yang dikenal sebagai enterovirus seperti poliovirus dan enchovirus.

Komplikasi biasanya disebabkan oleh kekurangan cairan di dalam tubuh atau dehidrasi karena penderita tidak mau makan atau minum hal ini disebabkan karena sariawan. Virus enterovirus juga menyerang system saraf, otak dan jantung penderita sehingga menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta peradanganan otot jantung (miokarditis). Selanjutnya terjadinya kejang-kejang diiringi demam panas. Komplikasi inilah yang bisa menyebabkan kematian

Penyakit HFMD ini sangat berbahaya jika yang terinfeksi adalah bayi. Segera bawa bayi anda ke dokter jika bayi atau anak-anak yang terjangkiti HFMD mengalami demam panas, tidak mau minum susu, enggan minum air, muntah-muntah atau mencret karena memerlukan perawatan intensif. Juga dapatkan perawatan jika anak yang terjangkiti sesak nafas, susah bernafas, selalu tidur dan kelihatan lemah(meningitis). Atau rasa berdebar-debar dan sakit dibagian dada (miokarditis).

Gejala seperti demam biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat, sariawan akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh sedangkan ruam merah di tangan dan kaki akan hilang dalam tempo 10 hari.
Penyebaran penyakit ini melalui kontak langsung melalui cairan yang keluar dari air ludah, air dari ruam, hidung, kerongkongan atau tinja si penderita.

Kultur virus biasanya mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Walaupun tidak ada perawatan spesifik, penderita yang tidak ada komplikasi akan diberi obat penurun demam dan obat sariawan. Penderita juga dianjurkan banyak minum air putih.

LangkaH-langkah pencegahan:

  1. Anak-anak yang mengalami gejala HFMD harus dibawa ke dokter secepat mungkin
  2. Anak yang terinfeksi jangan dibawa ke tempat-tempat umum seperti: pasar, kolam renang, sekolah, dsb
  3. Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan setelah ke luar dari toilet, setelah melakukan pekerjaan rumah yang tidak bersih.
  4. Jangan bertukar barang seperti: handuk,sikat gigi, pakaian dan sebagainya.
  5. Adik beradik hendaklah dipisahkan dan jangan dibiarkan bermain bersama jika salah seorang mengidap penyakit HFMD sampai benar-benar sembuh.
  6. Jika demam anak tidak turun setelah diberi obat segera bertemu dokter.
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers