Halaman

Khamis, 28 Januari 2010

Mengandung Luar Rahim

Apa itu Mengandung Luar Rahim?

Kandungan Luar Rahim atau "Ectopic Pregnancy". Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.


Kenapa Mengandung di Luar Rahim?

Di dalam tiub fallopia mengandungi rerambut halus yang dipanggil CILIA. Ia bergerak seperti penyapu dan akan menolak perlahan-lahan embrio dari kawasan persenyawaan ke arah rahim. Apabila CILIA ini telah rosak maka pemindahan embrio ke dalam rahim secara normal akan terganggu.


Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-


  1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.
  2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.
  3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.
  4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan
  5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.
  6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.
  7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.

Gejala Mengandung Luar Rahim

Apabila seorang wanita di dalam jangka umur subur datang dengan sakit perut yang teruk, di sebelah kiri atau kanan bahagian bawah, maka mengandung luar rahim perlu diketepikan. Ini adalah kerana mengandung luar rahim boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan boleh menyebabkan kematian

Selain daripada sakit perut, pendarahan pada vagina yang seolah-olah datang period boleh mengkaburi pesakit kononnya mana mungkin mengandung kalau datang period. Sedangkan ia bukan lah period tetapi pendarahan akibat mengandung luar rahim.

Beliau juga mungkin boleh mengalami tanda2 awal mengandung seperti terasa ngilu pada buah dada dan puting, pening dan loya atau muntah-muntah beberapa hari sebelum itu.Sekiranya pendarahan terlalu banyak di dalam perut, pesakit akan mengalami pening-pening, rasa lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang dan belakang dan boleh pengsan.

Bagaimana Diagnosis Dibuat?

  1. Selain daripada sejarah pesakit, Pemeriksaan dengan memasukkan dua jari ke dalam vagina menunjukkan kesakitan pada serviks, dan bengkakan pada sekitar dinding vagina berhampiran serviks.
  2. Kehadiran hormon HCG pada air kencing ataupun darah boleh diperiksa.
  3. Ultrasound abdomen menunjukkan tiada kantung kandungan di dalam rahim.
  4. Transvaginal Ultrasound adalah kaedah paling berguna - boleh menunjukkan pembengkakan di dalam tiub fallopia, kandungan rahim yang kosong dan pendarahan.

Apakah Perawatan Mengandung Luar Rahim

Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada Laparoskopi atau Laparotomi. Laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit.

Walaupun begitu, had nampak laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan terlalu banyak sehingga menghalang penglihatan atau pendarahan tidak boleh dikawal, maka option untuk menukar ke pembedahan terbuka dilakukan. Pada kebiasaanya, tiub yang rosak akan diikat dan dibuang. Proses ini dipanggil salphingectomy.

Tahukah anda?

"Wanita hamil perlu mencapai tahap berat badan tertentu supaya mereka lebih selesa selain bagi membantu memudahkan proses bersalin, mengelakkan komplikasi seperti sakit belakang/sembelit/darah tinggi. Walau bagaimanapun terlalu berat menyebabkan masa bersalin yang lebih lama. Bincanglah dengan doktor anda untuk memastikan berat badan ideal ketika mengandung."

7 TANDA BAYI ANDA BERMASALAH

Bayi yang sihat akan mengalami pertambahan berat badan setiap bulan. Bagaimana pula dengan bayi yang terjejas pembesarannya dan anda perlu beri perhatian segera? Periksa bayi anda dan rujuk dengan pakar kesihatan supaya rawatan awal dapat di lakukan.

Tips-tips di bawah yang saya baca dari majalah dan kongsikan di sini mungkin boleh membantu anda:





Antara tanda-tandanya :



  • Berat badan turun setiap kali menjalani pemeriksaan kesihatan. Anda boleh bertanya pada doktor semasa

  • buat check up atau teliti kad kesihatan setiap kali buat pemeriksaan bayi.

  • Bayi kelihatan tidak selera makan setiap kali anda mahu menyuapkan makanan.

  • Badan yang terlalu ringan adan tidak sepadan dengan umur bayi yang sepatutnya bertambah setiap bulan.

  • Badan nampak letih , kurus , perut kelihatan buncit

  • Rambut nampak tak bermaya dan kesan lembam di bahagian mata.

  • Bayi tidak peka apabila di panggil atau tidak teransang untuk mencari apabila ada bunyi yang kuat

  • Mata bayi tidak memandang apabila di panggil.

Oleh itu perhatikan anak anda...

Rabu, 27 Januari 2010

BAYI KEMBUNG




TANGISAN anak adalah penawar dalam kehidupan sesebuah keluarga, namun pernahkah anda mendepani keadaan bayi menangis tanpa henti sehingga binggungkan?

Puas amalkan petua orang tua, menyapu kunyit pada dahi tetapi si kecil tetap melalak. Mandi, disuap makan sehingga dibelek dan disapu minyak seluruh badan namun si manja tetap sama. Tetapi apabila ‘ketuk’ sedikit perut kecil si manja, kedengaran seperti bunyi agak asing, rupanya terkena kembung perut, alahai! Woodwar’s Gripe Water, rumusan untuk bayi yang terkenal bagi melegakan kembung atau sakit perut akibat angin melancarkan rumusan baru yang kontemporari untuk memberi nafas baru kepada jenama ini agar lebih menarik kepada ibu muda.

Pengurus Produk Kumpulan SSL Healthcare bagi Woodward’s, Geraldine Cheah, sebagai pemimpin pasaran, kami akan terus menawarkan rumusan yang dipercayai untuk melegakan kembung perut bayi dan memberi ketenangan fikiran kepada berjuta-juta ibu bapa di seluruh dunia. Sempena pelancaran semula Woodward’s Gripe Water tahun ini, jenama itu memulakan kempen kesedaran awam bertema ‘Woodward’s — Menceriakan Bayi Anda’ untuk mendidik ibu bapa baru mengenai cara terbaik menangani kesakitan akibat kembung perut bayi mereka yang baru lahir dan tekanan dalam menguruskan bayi yang menangis.

“Bayi tidak boleh bercakap. Jadi satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi ialah dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Menendang dengan kaki, menggapai dengan tangan, memusingkan kepala dan menangis dengan nada dan suara yang berlainan adalah antara ‘perkataan-perkataan’ yang digunakan oleh bayi. “Ibu bapa hanya boleh bersabar dan belajar mengenali makna tangisan yang berlainan ini dan memberikan perhatian yang perlu dan sewajarnya.

Kita perlu menangani segera masalah yang menyebabkan bayi menangis walaupun ramai yang berpendapat perhatian yang berlebihan akan menyebabkan mereka terlalu manja. Ia sebenarnya dapat membantu perkembangan mental bayi dan memastikan mereka merasakan dunia ini selamat dan tidak membawa kejutan,” katanya. Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam.

Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan. Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara dua minggu dan enam bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia dua tahun atau lebih.

Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa sama ada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari. Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

* Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.

Ibu bapa berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :

  • Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
  • Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  • Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
  • Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
  • Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
  1. Bawa bayi anda bersiar-siar di taman.
  2. Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.
  3. Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen
  4. Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh
  5. Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat
  6. Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.

KEBURUKAN MENGGUNAKAN PUTING KOSONG



Puting kosong menjadi pilihan ibu dan bapa untuk menenangkan anak yang sedang menangis. Bayi yang sedang menangis akan segera berhenti menangis sekiranya diberikan puting kosong ini kerana "sucking reflex" atau "rooting reflex" iaitu refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu.

Oleh: Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin, MBBS (IIUM). Blog beliau boleh diakses melalui alamat http://www.drazwan.blogspot.com/{/xtypo_info}

Assalamualaikum,Orang Malaysia panggil puting kosong dan di dalam bahasa inggeris ia dipanggil "pacifier" atau "soother". Puting kosong ini menjadi pilihan ibu dan bapa untuk menenangkan anak yang sedang menangis. Bayi yang sedang menangis akan segera berhenti menangis sekiranya diberikan puting kosong ini kerana "sucking reflex" atau "rooting reflex" iaitu refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu.

Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.{mosimage} Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong.

Tetapi puting kosong ini sepatutnya diberhentikan apabila bayi sudah semakin besar. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh. Pengalaman saya di klinik ialah Ibu bapa kebanyakannya tidak mahu memberhentikan puting kosong kerana alasan anak pasti akan menangis. Sehinggakan ada yang menghisap puting kosong sehingga berumur 4 tahun! Ketika ini, amat susah untuk membuang habit menghisap puting kosong ini kerana sudah terbiasa.

Apa bezanya menghisap puting kosong sahaja berbanding botol susu yang berputing?

Ya, secara psikologinya, menghisap dengan botol susu berputing, mereka akan berhenti menghisap apabila susu di dalam botol telah pun habis. Tetapi menghisap puting kosong, mereka akan terus menyonyot kerana "susu" nya tak habis-habis... Yang akan merugikan anak-anak ini ialah oleh kerana terlalu menghisap puting kosong ini, susunan gusi atas akan lari dan menyebabkan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata. Pertumbuhan gigi ini ada yang terlalu ke depan yang kita istilahkan sebagai "jongang" atau "overbite" {mosimage}"Kejongangan" (betul ke istilah ni?) akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk menyusahkannya untuk mengunyah makanan jika terlalu teruk.

Anak-anak apabila dewasa terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alat "braces" atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang. Sekiranya anak anda mempunyai masalah lelangit terbelah (cleft palate), dengan menggunakan puting kosong ini akan menyebabkan jurang antara lelangit yang terbelah menjadi lebih luas dan menyukarkan proses pembedahan. Oleh itu adalah dinasihatkan, kepada anak yang mempunyai masalah cleft palate mesti menghindari penggunaan puting kosong (malah menyusu menggunakan puting pun tidak digalakkan) ini secara berdisiplin.

Ada banyak petua untuk memberhentikan anak-anak daripada menghisap puting kosong ini. Diantaranya ialah dengan memotong sedikit puting kosong itu. Anak akan merasa aneh dan akan berhentikan menggunakannya di dalam masa seminggu. Ada yang mencadangkan agar diletakkan sedikit ubat pahit di puting kosong. Dan yang paling mudah ialah membuang semua puting kosong yang ada terus ke dalam tong sampah. Mudah kan?

Wallahu A'lam...

Isnin, 25 Januari 2010

SEMBELIT DI KALANGAN BAYI


Sembelit ialah keadaan apabila bayi anda bermasalah atau sakit ketika membuang air besar. Najis biasanya keras. Ia juga boleh didefinisikan sebagai sembelit sekiranya bayi anda tidak membuang air besar lebih daripada empat hari.Apa yang membimbangkan ialah bayi anda mungkin takut untuk membuang air besar selepas itu dan sengaja menahan najis kerana takut melalui situasi yang menyakitkan seperti sebelumnya. Ini mungkin menyukarkan anda dan menambahkan lagi masalah sembelit anak anda.

Sekiranya bayi anda mengalami sembelit, apa yang anda perlu lakukan?

1-Mandikan bayi anda Apabila anda mandikan bayi anda, bayi akan berasa lebih tenang dan ini membantunya untukmembuang air besar dan najis mungkin lebih mudah dilkeluarkan. Anda boleh mengurut perutbayi anda (seperti diterangkan selepas ini). Ketika mencuci bahagian bawah, anda bolehmenyapu sedikit petroleum jelly di luar bahagian anus

.2-Mengurut perut bayi Proses urutan perlu dilakukan dengan lembut. Urutan dimulakan di bahagian pusat dan secaraperlahan bergerak ke arah luar dalam bulatan mengikut arah jam. Anda boleh menggunakankrim atau minyak bayi (baby's oil) untuk tujuan ini. Sekiranya bayi anda gembira anda bolehteruskan proses ini.

3-Cuba berikan bayi anda lebih air untuk melembutkan najisnya.

4-Jangan sesekali menggunakan jari atau alat lain ke dalam anus bagi merangsang pengeluaran najis. Ini ditakuti mencederakan bayi anda.

5-Bagi bayi enam bulan ke atas yang sudah memulakan diet selain susu, anda boleh lebihkanmakanan dengan kandungan serat yang tinggi seperti sayur. Ada juga ibu yang memberikanbayi mereka jus prune bagi membantu mengurangkan sembelit.

6-Anda boleh berjumpa dengan pakar kesihatan anda dan berbincang tentang susu formulayang sedang diambil dan keperluan anda untuk bertukar kepada susu formula yang lain. Kini terdapat beberapa susu infant formula yang dirumus khas bagi bayi yang mempunyaimasalah sembelit.

Bagaimana untuk mengelakkan sembelit?

1-Pastikan anda mengikut arahan pada label susu formula yang anda berikan kepada anak anda.Kemungkinan susu yang dibancuh pekat menyebabkan berlakunya sembelit.

2-Sekiranya bayi anda sudah memulakan diet selain susu, sila pastikan pengambilan serat dan air yang cukup.

Pap Smear: Pertahanan Terbaik melawan Kanser Serviks


Pap Smear: Bukan Main-mainPap smear merupakan pemeriksaan penting yang diketahui ramai, bukan terhad kepada wanita sahaja malahan lelaki. Ayah dan teman lelaki kamu pun mungkin pernah dengar mengenainya. Ia satu ujian yang digunakan untuk mengesan sebarng keabnormalan dalam serviks wanita. Mak dan kakak kamu mungkin pernah melakukan Pap smear sekurang-kurangnya sekali.


Pap smear sebenarnya kependekan untuk Papanicolau smear. Ia merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa sebarang perubahan dalam serviks wanita. Kamu masih ingatkan, yang serviks tu struktur berbonjol daripada uterus yang menampung bayi semasa dalam kandungan. Inilah bahagian uterus yang membuka kepada vagina. Serviks melalui perubahan semasa kitaran haid wanita dan semasa mengandung.

Pap smear dijalankan oleh doktor pakar ataupun pakar sakit puan. Sampel lelehan serviks atau mukus daripada serviks diambil dengan memasukkan putik kapas dan memusingkannya pada permukaan serviks. Sampel kemudiannya disapukan pada slaid dan dilihat di bawah peralatan sains yang dipanggil mikroskop. Mikroskop membolehkan pemeriksa untuk melihat komponen-komponen lelehan. Pap smear digunakan untuk mengesan kanser serviks atau sebarang jangkitan yang terdapat semasa pemeriksaan.

Berapa kerapkah harus saya jalani Pap smear?Pap smear merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa penyakit di serviks wanita yang tidak mempunyai sejarah penyakit serviks seperti kanser serviks.Terdapat beberapa panduan yang digunakan oleh doktor apabila menjalani Pap smear. Pap smear pertama biasanya dilakukan tiga tahun selepas persetubuhan pertama kali dilakukan. Sesetengah panduan mengesyorkan menjalani Pap smear setiap 2 hingga 3 tahun sementara ada yang mengesyorkan pemeriksaan Pap smear untuk wanita yang aktif melakukan hubungan seks, setiap tahun sehinggalah mencecah umur 30.

Apakah Pap smear yang tidak normal?Apabila menjalani Pap smear, pemeriksa biasanya akan memeriksa sel-sel luar biasa. Sel-sel luar biasa akan kelihatan lain daripada sel biasa. Ia mungkin mempunyai warna berlainan apabila dicampurkan dengan pewarna tertentu dan mungkin mempunyai saiz dan bentuk yang pelik. Kehadiran sel luar biasa mungkin menunjukkan berlakunya kanser serviks atau terdapatnya jangkitan. Sebelum kamu jadi lebih risau, lebih baik kamu tahu yang tak semua keputusan abnormal Pap smear bermaksud terdapatnya kanser serviks.

Keputusan Abnormal Pap SmearHasil ujian Pap smear mungkin mengandungi banyak istilah perubatan yang menakutkan kamu. Berikut merupakan beberapa istilah yang biasa dan maksudnya:

  • Sel Skuamus Atipikal. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear yang mungkin disebabkan oleh jangkitan. Sel-sel ini juga mungkin berkembang menjadi kanser.
  • Displasia. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear. Displasia bukannya kanser. Walau bagaimanapun, dysplasia mungkin, tapi tak semestinya berkembang menjadi kanser serviks

    Jenis-jenis Displasia

  • SIL. Squamous Intraepithelial Lesion. Ini bermakna yang sel leper nipis di permukaan luar serviks kamu dikesan tidak normal. Seperti dysplasia, SIL terutamanya yang berbentuk parah mungkin berkembang menjadi kanser serviks peringkat awal.

  • CIN. Cervical Intraepithelial Neoplasia. Ini bermakna terdapat pertumbuhan tidak normal pada serviks. Perubahan tidak normal ini hanya berlaku pada permukaan paling luar serviks.

  • Carcinoma in situ (CIS).Ini bukannya kanser serviks. Ini merupakan salah satu bentuk SIL yang memberitahu kamu yang sel yang berkemungkinan berkembang menjadi kanser adalah terhad pada permukaan serviks dan belum masuk ke lapisan yang dalam.


Ambil Perhatian: Pap Smear Tidak Normal!!!Apabila Pap smear menunjukkan keputusan tidak normal, doktor kamu mungkin melakukan perkara-perkara berikut:

  • pemeriksaan Pap smear

  • Memberi ubat seperti Krim Estrogen. Keabnormalan dalam serviks mungkin biasa semasa menopaus apabila hormon seks seperti estrogen mengurang. Sekiranya estrogen rendah yang menyebabkan keabnormalan dalam serviks, hasil pemeriksaan sepatutnya semakin positif selepas menggunakan krim estrogen.

  • Melakukan kolposkopi. Apabila melakukan kolposkopi, doktor kamu akan menggunakan peralatan yang dipanggil kolposkop untuk memeriksa serviks. Semasa prosedur ini, doktor akan menyapu larutan cuka lembut pada permukaan serviks. Kawasan yang bertukar menjadi putih selepas penyapuan larutan tersebut akan dianggap sebagai tidak normal.

  • Melakukan biopsi dengan mengambil sebahagian kecil permukaan serviks dan menghantarnya ke makmal untuk ujian. Melalui biopsy, doktor kamu boleh menentukan sama ada terdapat keabnormalan yang dijumpa semasa Pap smear atau kolposkopi adalah disebabkan kanser ataupun tidak.

Kanser serviks

Kanser serviks menunjukkan pertumbuhan keabnormalan dalam serviks. Serviks merupakan bahagian bawah uterus. Ia merupakan struktur berbentuk bonjol dengan permukaan yang kaya dengan sel. Sel ini mungkin menjadi kanser apabila terdedah kepada organisma tertentu seperti Human Papilloma Virus (HPV), menghisap rokok dan jangkitan kelamin.

Meningkatkan Risiko Kanser ServiksBerikut merupakan antara faktor yang dikatakan boleh meningkatkan peluang wanita mendapat kanser serviks:
  • Jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV merupakan penyebab paling umum kanser serviks. Virus yang menyebabkan kanser serviks tergolong dalam keluarga virus yang sama yang menyebabkan ketuat genital. Seks tanpa perlindungan mungkin meningkatkan peluang menyebabkan jangkitan HPV kerana seseorang itu mungkin mendapat jangkitan akibat sentuhan dengan kulit yang dijangkiti. Kebanyakan wanita boleh dijangkiti oleh virus tapi tak semua akan berkembang menjadi kanser serviks. Ujian Pap smear boleh menunjukkan terdapatnya jangkitan HPV.

  • Melakukan seks ketika masih muda.

  • Bertukar-tukar pasangan atau mempunyai pasangan yang kerap bertukar-tukar pasangan.

  • Genetik. Sekiranya ahli keluarga atau ada saudara kamu yang mempunyai kanser serviks, kamu mungkin mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.

  • Merokok. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.

  • Kehamilan. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.

  • Penyakit Jangkitan Kelamin(STI). Terdapat perkaitan rapat antara beberapa jenis STI dan perkembangan kanser serviks.

  • Sistem Imun Lemah. Stres dan diet yang keterlaluan mungkin melemahkan sistem imun kamu. Sesetengah wanita, walau dijangkiti HPV, mungkin tidak mendapat kanser serviks kerana pertahanan tubuh mereka, sistem imun lah tu, kuat untuk melawan jangkitan. Apabila sistem imun semakin lemah, seorang wanita mempunyai kemungkinan mendapat kanser serviks.

  • Diet. Diet yang kurang dengan sayur dan buah mungkin menyebabkan kamu tak cukup zat. Jadi lemahlah sistem imun kamu!

  • Mencegah Kanser Serviks (Barah Pangkal Rahim) Sentiasa berjaga-jaga dan melindungi diri anda sepenuhnya, pasti merupakan salah satu cara terbaik. Berikut merupakan cadangan yang boleh kamu buat untuk mengelakkan kanser yang menakutkan tu.

  • Pakai perlindungan ketika melakukan seks.

  • Elakkan melakukan seks ketika masih muda.

  • Berhenti merokok.

  • Makan banyak buah-buahan dan sayur. Kekal cergas!

  • Jalani pemeriksaan Pap smear.

  • Dapatkan suntikan vaksin. Vaksin yang digunakan untuk mencegah kanser servik ada di pasaran. Ia mungkin sedikit mahal, tetapi budak perempuan seawal umur 9 tahun sudah boleh mendapatkan vaksin tersebut. Tanyalah pada doktor kamu mengenainya.

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers