Halaman

Ahad, 24 Januari 2010

Kanser Ovari & Rahim


KANSER OVARI


Risiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, endometriosis serta pembawa gen abnormal BRCA1 dan BRCA2.

Mereka yang kurang risikonya termasuklah mereka yang mengambil pil perancang keluarga, pernah melahirkan anak walaupun sekali dan mereka yang pernah menyusu badan.
Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini.

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di kawasan pinggul, kembung, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan, pendarahan abnormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen.

KANSER RAHIM

Risiko kanser rahim meningkat selepas umur 55 tahun, terutamanya mereka di dalam julat di antara 60 hingga 75 tahun dan jarang berlaku di kalangan mereka di bawah 40 tahun. Mereka yang menggunakan pil perancang keluarga juga mempunyai risiko yang rendah.

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah penggunaan hormon gantian estrogen sahaja (tanpa progesteron), tidak pernah melahirkan anak, putus haid selepas umur 52 tahun, lebih berat badan, darah tinggi, kencing manis serta penyakit lain seperti masalah tiroid dan hempedu.

Penggunaan ubat Tamoxifen, Hiperplasia lapisan dalaman rahim, penyakit keturunan seperti kanser usus juga meningkat risiko kanser rahim. Anda juga berisiko sekiranya mempunyai haid tidak teratur dan kerap kali tidak datang haid.
Biasanya doktor tidak menjalankan saringan untuk kanser rahim, tetapi sekiranya disyaki, anda mungkin dikehendaki menjalani ujian-ujian seperti:

“Biopsi endometrial – pensampelan tisu dari dalaman rahim untuk kajian.
“Pemeriksaan ultrasound – terutamanya ultrasound melalui faraj, mengukur ketebalan dinding endometrium.
“Penkuretan dan dilatasi – pangkal rahim di buka, dan dalam rahim disedut ataupun dicalit untuk kajian lanjutan.
“Histeroskopi – penggunaan peralatan optik untuk melihat secara langsung dengan pembesaran imej dan persekitaran di dalam rahim.

KANSER PANGKAL RAHIM(serviks)

Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan pangkal rahim pada peringkat awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin dijalankan untuk kepastian. Contoh tisu pangkal rahim diambil untuk kepastian jika ianya kanser rahim.

Anda berisiko tinggi untuk kanser pangkal rahim sekiranya mempunyai infeksi virus HIV (Human Immunodeficeincy Virus), virus HPV (Human Papilloma Virus), sistem imuniti badan yang lemah atau terdedah pada ubat diethylstilbesterol (DES) semasa anda di dalam kandungan (ubat ini tidak lagi digunakan sekarang).

awal kanser ini lazimnya tidak menunjukkan sebarang petanda tetapi sekiranya mengalami mengalami masalah berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.

“Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj
“Pendarahan abnormal melalui faraj
“Pendarahan selepas hubungan kelamin

Sekarang terdapat imunisasi terhadap kanser pangkal rahim yang disebabkan oleh HPV dan ianya dinasihatkan diberikan pada anak-anak perempuan yang berumur antara sembilan hingga 26 tahun. Vaksin ini diberikan dalam tiga dos.

Walaupun divaksinasi, ujian saringan PAP masih perlu dilakukan kerana terdapat beberapa jenis lagi virus HPV yang tidak dapat dilindungi melalui vaksinasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers