Halaman

Isnin, 25 Januari 2010

SEMBELIT DI KALANGAN BAYI


Sembelit ialah keadaan apabila bayi anda bermasalah atau sakit ketika membuang air besar. Najis biasanya keras. Ia juga boleh didefinisikan sebagai sembelit sekiranya bayi anda tidak membuang air besar lebih daripada empat hari.Apa yang membimbangkan ialah bayi anda mungkin takut untuk membuang air besar selepas itu dan sengaja menahan najis kerana takut melalui situasi yang menyakitkan seperti sebelumnya. Ini mungkin menyukarkan anda dan menambahkan lagi masalah sembelit anak anda.

Sekiranya bayi anda mengalami sembelit, apa yang anda perlu lakukan?

1-Mandikan bayi anda Apabila anda mandikan bayi anda, bayi akan berasa lebih tenang dan ini membantunya untukmembuang air besar dan najis mungkin lebih mudah dilkeluarkan. Anda boleh mengurut perutbayi anda (seperti diterangkan selepas ini). Ketika mencuci bahagian bawah, anda bolehmenyapu sedikit petroleum jelly di luar bahagian anus

.2-Mengurut perut bayi Proses urutan perlu dilakukan dengan lembut. Urutan dimulakan di bahagian pusat dan secaraperlahan bergerak ke arah luar dalam bulatan mengikut arah jam. Anda boleh menggunakankrim atau minyak bayi (baby's oil) untuk tujuan ini. Sekiranya bayi anda gembira anda bolehteruskan proses ini.

3-Cuba berikan bayi anda lebih air untuk melembutkan najisnya.

4-Jangan sesekali menggunakan jari atau alat lain ke dalam anus bagi merangsang pengeluaran najis. Ini ditakuti mencederakan bayi anda.

5-Bagi bayi enam bulan ke atas yang sudah memulakan diet selain susu, anda boleh lebihkanmakanan dengan kandungan serat yang tinggi seperti sayur. Ada juga ibu yang memberikanbayi mereka jus prune bagi membantu mengurangkan sembelit.

6-Anda boleh berjumpa dengan pakar kesihatan anda dan berbincang tentang susu formulayang sedang diambil dan keperluan anda untuk bertukar kepada susu formula yang lain. Kini terdapat beberapa susu infant formula yang dirumus khas bagi bayi yang mempunyaimasalah sembelit.

Bagaimana untuk mengelakkan sembelit?

1-Pastikan anda mengikut arahan pada label susu formula yang anda berikan kepada anak anda.Kemungkinan susu yang dibancuh pekat menyebabkan berlakunya sembelit.

2-Sekiranya bayi anda sudah memulakan diet selain susu, sila pastikan pengambilan serat dan air yang cukup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers